Akaun admin1pengurusanonline.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Rayuan Sumbangan Tahfiz Al Hikmah Ramadhan

Sekitar RM 2 juta telah dikeluarkan dalam proses pembinaan sekolah dalam tempoh 5 tahun ini dan kini hanya tinggal tingkat atas sahaja yang masih belum siap / telah siap tapi berhutang (RM 255,678).

‼️ 11 Kelas dan Rumah Guru Tingkat atas (baki RM 90,531.26 |Asal RM 110,140) 
‼️ 3 Tangga Utama dan Koridor (RM 82,605) 
‼️ Lot Studio dan Rakaman (RM 41,302.50) 
‼️ Lot Pejabat (RM 41,302.50) 

✅ 1 Blok Pengurusan (Dana telah mencukupi dan siap dibina)
✅ 1 Rumah Guru (Dana telah mencukupi dan siap dibina)
✅ 1 Bilik Guru dan Pejabat (Dana telah mencukupi dan siap dibina)
✅ 1 Dewan Utama (Dana telah mencukupi dan siap dibina)
✅ 4 Kelas (Dana telah mencukupi dan siap dibina)
✅ Lot Surau (Dana telah mencukupi dan siap dibina)
Jumlah lot yang telah disiapkan hampir 2 Juta | Hanya tinggal 15% sahaja lagi


Lot-lot pembinaan yang masih belum siap

Untuk pengetahuan tuan- puan yang dihormati,  kami  mengalami masalah kewangan yang sangat kritikal dalam tempoh 2 tahun pandemik. Ini menyebabkan berlakunya defisit dan sekolah hampir ditutup akibat ketiadaan dana yang mencukupi untuk pengurusan dan kami terpaksa menghentikan pembinaan.

Alhamdulillah atas sumbangan  tuan-puan serta komitmen pembayaran yuran beserta keberkatan anak-anak tahfiz ini, sekolah berjaya untuk mengharungi fasa getir pandemik. Kini pihak sekolah dalam proses pemulihan.

Antara kesan besar pandemik adalah kos bahan binaan meningkat mendadak sebanyak 30-40%. Kos yang sepatutnya hanya RM 150k - 180k tiba-tiba melonjak menjadi hampir RM 300 000.  Hal ini juga menjadi kebimbangan diseluruh negara.



















Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan semua yang membantu menyebarkan mesej sumbangan kami. Kami juga memohon doa tuan puan agar nilai kos ini dapat ditangani dan terkawal pada masa hadapan. 

InSyaAllah, pada masa akan datang kami akan melancarkan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti tanaman komersial, sewaan dewan dan koperasi. Jadi ketika itu kami tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan yuran semata.

Sempena dengan kemuliaan bulan Ramadhan, kami dengan rendah hati merayu untuk sumbangan dan bantu kami sebarkan mesej sumbangan ini kepada masyarakat.

Pastinya segala sumbangan akhirat
tuan-puan ini dapat membantu kami membina kualiti anak-anak tahfiz di dunia dan akhirat 


Jutaan Terima kasih atas keprihatinan semua. 

Waallahua'lam terima kasih atas bantuan semua. Moga Allah redha.